Mungkin kita di
Malaysia amnya lebih mengetahui tarikh2 bersejarah seperti birthday kita,
rakan2 kita, Peristiwa Berdarah 13 Mei, Hari Guru dll la. Tapi, sedar x sedar
sebenarnya pada tanggal 15 Mei itu sendiri mempunyai sejarah yang sekian lama
masih menjadi tanda tanya buat kita.. ha, 15 Mei? Ada apa?
Tatkala media
di sekeliling kita lebih mempromosikan Hari Ibu, Hari Guru, Hari Belia dll,
tapi sebenanya kita terlupa yang kita mempunyai tanggungjawab untuk mengetahui hal ini berbanding hari2 tersebut iaitu
Hari
Nakbah.
Fenomena ini mungkin
ada kita terperasan kat facebook apabila ada ramai di kalangan sahabat2 kita
yang menukar profile picture tanda sokongan kepada Hari Nakbah ini yang mula
disambut pada 15 Mei 1948, sekarang sudah genap 64 tahun. Jap2, Hari Nakbah tu
ape?
Walaupun rakyat
Palestin telah dan akan melalui malapetaka-malapetaka yang banyak, tetapi
mereka boleh berbangga memperkenalkan dan membawa Nakbah yang panjang ini ke
dunia politik antarabangsa, kerana ia akan menunjukkan kemenangan rakyat
Palestin walaupun terpaksa berhadapan dengan Nakbah, sehingga ianya menjadi
salah satu pencapaian terbesar kemenangan Palestin.
Bila semua ini
akan berakhir? Jom sama2 kita doakan saudara muslim kita di sana agar
dipermudahkan segala urusan dan perjalanan rona2 kehidupan mereka.
Allahu
Robbuna Yusahhil..