Thursday 17 May 2012

NaKbAh 1948


Mungkin kita di Malaysia amnya lebih mengetahui tarikh2 bersejarah seperti birthday kita, rakan2 kita, Peristiwa Berdarah 13 Mei, Hari Guru dll la. Tapi, sedar x sedar sebenarnya pada tanggal 15 Mei itu sendiri mempunyai sejarah yang sekian lama masih menjadi tanda tanya buat kita.. ha, 15 Mei? Ada apa?
Tatkala media di sekeliling kita lebih mempromosikan Hari Ibu, Hari Guru, Hari Belia dll, tapi sebenanya kita terlupa yang kita mempunyai tanggungjawab untuk  mengetahui hal ini berbanding hari2 tersebut iaitu Hari Nakbah.
Fenomena ini mungkin ada kita terperasan kat facebook apabila ada ramai di kalangan sahabat2 kita yang menukar profile picture tanda sokongan kepada Hari Nakbah ini yang mula disambut pada 15 Mei 1948, sekarang sudah genap 64 tahun. Jap2, Hari Nakbah tu ape?
 Hari al-Nakba atau Yaumu al-Nakba membawa maksud ‘hari malapetaka’ sebagai memeperingati pengusiran penduduk Arab Palestin oleh pengganas Zionis dan peperangan yang membawa kekalahan kepada penduduk Arab pada 1948. Penduduk Arab Palestin menganggap semua pengusiran dari kampung halaman sejak mandat British (1920-1948) sehingga Perang Arab-Israel 1948 oleh pengganas Zionis sebagai al-Nakba. Sehingga 1949, lebih 700,000 penduduk Arab Palestin telah diusir dan menjadi pelarian dan 418 kampung dan bandar dimusnah dan dirampas.

Walaupun rakyat Palestin telah dan akan melalui malapetaka-malapetaka yang banyak, tetapi mereka boleh berbangga memperkenalkan dan membawa Nakbah yang panjang ini ke dunia politik antarabangsa, kerana ia akan menunjukkan kemenangan rakyat Palestin walaupun terpaksa berhadapan dengan Nakbah, sehingga ianya menjadi salah satu pencapaian terbesar kemenangan Palestin.
 Walaupun terdapat tanda2 kelemahan, tetapi ia tetap menjadi perjuangan masyarakat, budaya, politik, walaupun mereka terpaksa meringkuk di dalam penjara bertahun-tahun lamanya mereka tetap tanpa merasa malu, yang memalukan hanyalah sikap membisu para pemimpin arab dan Islam yang sanggup tunduk kepada kehendak Israel.
Bila semua ini akan berakhir? Jom sama2 kita doakan saudara muslim kita di sana agar dipermudahkan segala urusan dan perjalanan rona2 kehidupan mereka. 
Allahu Robbuna Yusahhil..




Wednesday 9 May 2012

erRrr.... keLiRu !!


Kita semua hidup di kalangan masyarakat majmuk yang kebanyakannya akan berjiran dengan keluarga yang bukan Islam.
So, bila sebut pasal berlainan agama ni confirm la cara menyembahkan diri kepada Tuhan berbeza-beza mengikut fahaman agama masing-masing kan?
Bagi kaum Tionghua dan Hindu dorang ni selalunya ada tempat penyembahan masing-masing, kalau kaum Cina mungkin di luar rumah, Hindu pulak di dalam rumah.

Bila kaum Cina yang beragam Taoisme atau Buddha sering melakukan upacara penyembahan mereka di luar.
Anak-anak kita yang masih kecil akan lihat, dan mungkin pernah bertanya
kepada kita....
"Uncle sebelah buat apa tu Abah?"
dan secara amnya, kita akan menjawab...
"dorang tengah sembahyang atau dorang tengah sembah Tuhan dia"

Cuba kita bayangkan eh, sebenarnya jawapan kita tu nauzubillah sebenarnya syirik....
eh, SEBAB apa pulak?
Sebab ianya bercanggah dengan prinsip dua kalimah syahadah kita..
"Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH"
Tapi, bila kita bagi jawapan ...
"dia tengah sembah Tuhan dia"
Seolah2 seperti kita menggambarkan pada anak kita bahawa ada Tuhan yang lain dari ALLAH.
Sedangkan kita mengucap kalimah syahadah kita
"Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH"


Sekiranya jawapan ini diteruskan, maka anak2 kita akan terus keliru dengan konsep & prinsip syahadah yang kita pegang ni… "Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH"
So, macam mana nak terangkan?
Jawapan yang sebenarnya, macam ni…
Kita kena terangkan pada anak2 kita…
" Anak, pertamanya kita kena faham, Tuhan kita dengan Tuhan uncle sebelah tu sama je, iaitu ALLAH, tapi cara dia menyembah Tuhan itu salah"

Kesimpulan :
Jangan la kita semua amek mudah jawapan yang diberikan kepada anak2 kita/orang laen, kerana jawapan yang salah tu akan menyebabkan mereka keliru sehingga sampai satu tahap bole merosakkan fikiran dorang.