Sunday 23 October 2011

oh aYaH...


Ayah...
Setiap kali memandang wajahmu,
Hati ini begitu bersyukur,
Hati ini begitu bahagia,
Kerana aku dapat merasai kehadiran seorang ayah.

Ayah...
Kehidupanku terasa bermakna,
Dengan titik peluhmu,
Aku dan adik-adik dapat mengenali dunia.

Ayah...
Walaupun kau seorang yang garang,
Yang seringkali memarahiku,
Namun aku tetap bersyukur dan mengerti kerana,
Itulah cara kau mendidik kami semua.

Ayah...
Terasa didalam hatiku,
Betapa jasamu selama ini,
Hingga kini kurasakan bimbinganmu,
Untuk bekalku di hari nanti.

Ayah...
Terima kasih ku ucapkan,
Pada ayahku yang tersayang,
Pengorbanan yang selalu engkau berikan,
Agar kami dapat tersenyum dengan riang.

Ya Allah Ya Robbi..
Dengarkanlah doaku ini..
Perkenankanlah doaku ini..
Ku persembahkan untuk ayah, yang sekarang ini berada di HUKM..
 Ya Robbi.. berikanlah kesembuhan dan kesihatan kepada ayahku..
Agar ayah bisa kembali seperti dulu..
Aminn..Aminn..Amin..Ya Robbal Alamin..

Monday 17 October 2011

Yasin

Anda mahukan kelainan? Mahu lain dari yang lain? Kini anda telah menemuninya..
Idea terkini penghasilan Surah Yasin yang jelas, menarik, bertajwid, design yang segar dan sangat eksklusif untuk dimiliki.. sesuai untuk :

• Hadiah Korporat Syarikat / Organisasi
• Sedekah / Wakaf
• Majlis Tahlil / Aqiqah / Perkahwinan / Pertunangan
• Tempahan sebarang Majlis Rasmi / Tidak Rasmi
• Juga sebagai koleksi peribadi yang abadi…

Dapatkannya segera!!
Sebarang pertanyaan atau info boleh terus kepada saya..

Sample2 nama hotstamping

additional hotstamping

Yasin Emas

Wedding Packaging for Yasin

Custom Design Cover Yasin (Majlis Aqiqah)

more custom design cover

Amalus Solihin cover

Amalus Solihin

HIMPUNAN SEJUTA UMAT


Sesape yang rasa dirinya ISLAM dan berkelapangan pada hari tersebut WAJIB untuk menghadirkan diri..

Ini semua demi AGAMA ISLAM kita semua..

JOM KITA BANGKIT..

ALLAHU AKBAR!!

Info tambahan :
http://himpun.org/

Monday 3 October 2011

SeLamaT PenGaNTin baRU

“Apabila seseorang hamba telah berkeluarga, bererti dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka takutlah kepada Allah terhadap separuh yang lain.”
Hadith Ar-Rasul, riwayat At-Tabrani
Alhamdulillah selamat sudah majlis walimah sahabatku Syed (Syed Ahmad Israa’) pada Sabtu yang lepas (01/10/11). Nasib baik ada jep2 (Huzaifah) jadi co-pilot untuk tunjuk jalan bagi tak sesat masa pergi ke sana & balik..

Setibanya aku di sana bagaikan ada satu kelainan dari majlis walimatul urus yang sebelum ini aku ikuti. Ternyata sangkaanku benar dan aku rasakan seperti diriku terpanggil untuk masuk ke dalam dewan dengan lebih pantas (he3, padahal da lapar sebab tak makan pagi)..

Tapi……………
betul la ada kelainan dari majlis kawen orang lain sebab ianya ringkas tapi padat.. xde kompang, tapi ada alunan Firdausi yang menghiasi suasana dewan hari tu (tenang je rasa)..

Orang pon ramai yang hadir, sampai terserempak dengan muallimah masa mengajar kat Sek Men Islam Hira’ dulu. Sahabat2 lain pon ada gak jumpe masa aritu (rindu saat2 itu…).

Ok, cuma apa yang nak disampaikan kat sini ialah ucapan tahniah di atas pernikahan ini. Semoga dikurniakan rumahtangga yang tenang, saling mencintai, dirahmati, serta bertunjangkan asas Islam dan syariah, demi melahirkan generasi Muslim harapan.
note : shbt (nik rafi’e) yang sebelum ni masa kawen awal tahun dulu pon same gak lebih kurang macam ni, tapi x sempat nak tulis dalam blog ni.. he3 ^_^

SELAMAT HARI LAHIR IBU!!

Khas buatmu, IBU
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. ibu

Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila keseorangan yang sentiasa di sampingku.. ibu
Bila bangun tidur, aku carik.. ibu

Bila nangis, orang pertama yang datang.. ibu
Bila nak bermanja, aku dekat dengan.. ibu
Bila sedih, yang pujuk aku hanya.. ibu

Bila nakal yang marah aku.. ibu
Bila merajuk, yang pujuk aku cuma.. ibu
Bila aku takut, yang tenangkan aku.. ibu
Aku selalu teringatkan.. ibu
Bila sedih, mesti nak dengar suara.. ibu
Bila seronok, mesti nak berkongsi dengan.. ibu

Bila aku membebel, yang suka dengar.. ibu
Bila sakit, yang paling risau.. ibu
Bila aku bengang, aku suka luahkan kat.. ibu

Bila ada masalah, yang paling risau.. ibu
Yang selalu masak makanan kegemaran aku.. ibu
Yang selalu simpan dan kemas barang-barang aku.. ibu
Bila nak kahwin pon, orang pertama yang aku rujuk.. ibu
Tapi.........

Ada tak aku hargai jasa ibuku selama hidupku di muka bumi ini?
Aku tak mampu membalas segala jasamu IBU..
Aku tak mampu membayar hutang peluh keringat yang telah kau curahkan padaku selama ini IBU..

Aku tak mampu dan tak mampu untuk membalasnya, kerana semua itu adalah anugerah Allah kepadaku dan aku sangat bersyukur kerana mempunyai seorang IBU sepertimu..
semoga IBU sentiasa dirahmati Allah S.W.T..

SELAMAT HARI LAHIR IBU!! (02/10/1966)