Tuesday 21 June 2011

mAsALah BeSaR nI!!

Pejam celik pejam celik, rupa2 nya da nak hampir 3 bulan kerja kat http://www.abadsinergi.com/ ni. Da macam2 benda baru saya belajar & semakin hari semakin bertambah ilmunya. Saya sangat bersyukur kerana diberikan peluang untuk bekerja di dalam syarikat ini. Saban hari, saya merasakan ukhuwah di antara kami semakin erat dan bertambah teman tapi mesra.. he3
Time kasih gak kepada semua staff2 di dalam Abad Sinergi Sdn. Bhd especially Bos Cik Suk yang sentiasa bagi kami makanan rohani & makanan ketika lapar.. he3. Time kasih sebab banyak bagi tunjuk ajar kat saya & siket sebanyak telah menceriakan kehidupan seharian saya. Ok, selesai muqaddimah..
Kali ni, saya nak kongsi siket yang saya rasakan perlu untuk kita semua amek PERHATIAN bagi menghadapi hari yang mendatang. Apa la yang penting sangat tu kan?? 
So, apa yang penting? Kerjaaaasama..
He3, ok2, back to the point... Siapa kat sini pandai baca Al-Quran? Tahap mana pulak kita pandai tu? Tepuk dada tanya iman la yee..
Al-Quran kalau nak suruh saya ceritakan memang panjang & banyak sejarah di sebalik perkataan Al-Quran tu sendiri. Allah S.W.T memang da janjikan bahawa Al-Quran adalah satu2nya kitab/panduan manusia yang xkan hilang sampai la Hari Qiamat.
Tapi, sedar x kita selama ni, camne la hidup seseorang tu kalau dirinya x dibasahi, x dihujani dengan kalimah Allah walaupun sehari? langsung xde perasaan nak basahkan lidah dengan kalimah suci Al-Quran. Mesti hidup dia bahagia dengan maksiat2 yang diketuai syaitan laknatullah kan? Mesti dia rasa bebas nak buat apa je sampai lupa adanya alam selepas kematian yang penuh dengan kejutan & Allah S.W.T yang sentiasa memerhatikan makhluk2Nya.
Sebab tu la, Al-Quran dikurniakan kepada kita sebagai panduan hidup kita semua. Tapi sedar x ramai lagi kat luar sana yang xtau nak baca Al-Quran. Kadang2 bukannya mak bapak budak je yang x reti baca ada yang da bercucu pon x reti2 lagi baca Al-Quran. Zaman sekarang ni memang la x berapa nak pelik sebab da ramai golongan macam ni, tapi kalu dibiarkan agak2 lagi 10, 20, 30 tahun berapa kerat je la manusia yang reti baca Al-Quran ni kan?
Kenapa? Rasa macam da tua ke untuk belajar? Dalam menuntut ilmu agama ni, xde istilah lambat di dalam menimba ilmu yang penuh dengan barakah ni. So, baek la blaja Al-Quran tu dari sekarang, kalau asyik tangguh2 je sampai akhir hayat pon xkan pandai punye.. jom, sama2 kita lahirkan generasi Al-Quran!!
Akhir kalam, jangan biarkan diri kita di drive oleh nafsu dan syaitan, tapi drive la hidup kita ini dengan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah yang mengikut syariat.. ^_^

Friday 10 June 2011

IniLah kehIDUpaN..

Hidup x selalunya indah..
Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari..
Selalu la kita dengar ungkapan ni sejak dari zaman kita sekolah sampai la da tua ni (mcm la da tua sgt, he3)..
Manusia.. Manusia.. Manusia.. memang x bole lari dari masalah/dugaan/cabaran. Ianya umpama asam garam dlm kehidupan kita semua. Kalau xde semua ni  x best la hidup sebab tiap2 hari akan buat benda yang best je, mcm zombie yg xde perasaan.. he3

Ok , berbalik kepada apa yang saya nak kongsikan kat sini, manusia memang x bole nak lari dari masalah problem ni. Tapi, pernah x kita semua fikir kenapa Allah S.W.T bagi kat kita semua ni?  Kadang2 mesti kita fikir kenapa x bagi kat orang lain, kenapa aku? Allah S.W.T da berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 :
“Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya… ”
 So, dari ayat tu jelas la kita kena paham ape yang sebenarnya berlaku di sebalik kejadian tu sebab ramai yang menyalahkan Allah S.W.T dan menganggap Allah S.W.T tu x adil. Sebenarnya Allah S.W.T yakin kita mampu untuk menghadapinya, sebab tu lah ujian tu datang kat kita kan?
Tapi ramai gak yang akan cakap “ko x kena bole la ckp cmtu..” Ok, cuba kita imbas kembali kenapa semua ni terjadi kat kita. Semua ini terjadi mungkin sebab inilah cara untuk Allah memberikan peringatan kepada kita kerana terlalu leka & alpa mengingatiNya. Mungkin gak ini lah salah satu cara untuk Allah menghapuskan dosa yang ada di dalam diri kita ni. Allah S.W.T sayang kat semua makhluk2Nya sebab tu kita selalu dengar :-
apabila kita mendekati Allah sejengkal, maka Allah akan mendekati kita sehasta. Apabila kita mendekati Allah sehasta, Allah akan mendekati kita sedepa. Dan apabila kita datang kepada Allah dengan berjalan, maka Allah akan datang kepada kita dengan berlari. 
Subhanallah.. Maha Hebat Allah kan? Lagi2 la bila kita ni diuji. Masa tu, bila kita mengadu kat Allah, terasa Allah terlalu dekat dgn kita kan? Memang dekaaat sangat..
So, kepada mereka2 yang masih lagi ada hayat, masih lagi diberikan nikmat hidup oleh Allah S.W.T, teruskan hidup walau apa pun terjadi.
~Remember that Allah S.W.T is always with us~
We know that you can do it!! chay0o0k..
StRiVe to GeT BaRakaLLah In yoUr Life!! ^_^

Thursday 2 June 2011

keRJa.. LaLaLa.. keRJa..

keRJa.. keRJa.. keRJa.. itulah ungkapan yang sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan wang/duet/harta/aset untuk diri mereka. Nak xnak kena berusaha gak demi mencari rezeki & kesenangan hidup di masa akan datang.
28 Mac 2011, Seksyen 7, Bangi. Alhamdulillah telah lebih 2 bulan saya kerja di http://abadsinergi.com/ ini dan telah banyak ilmu yang saya perolehi di sini. Dari xtau jd tau, dari xpernah buat dibuat. Terima kasih juga kepada rakan2 officeku dan bosku kerana memberikan tunjuk ajar yang sangat berharga. Saya sangat gembira kerja di sini kerana suasananya yang tidak terlalu tension. Mungkin bagi orang lain setelah tamat belajar mereka ingin terus lagi menyambung kerana tidak mahu ketinggalan dek arus zaman kemodenan yang terlalu mementingkan certificate sekarang ni. Tetapi, bagi saya yang mempunyai matlamat dan hala tuju edop saya amat memerlukan duet sekarang ni, bukan kerana saya ingin menimang cucu.. ha3. Tapi saya memerlukannya bagi menempuh rona2 kehidupan saya yang mendatang. Ramai orang bertanyakan kepada saya:-

“xnak sambung belajar lagi ke pasni?, saya pon dengan ringkasnya menjawab : Insya Allah tahun depan..”

Ye, memang agak lama tahun depan tu, tapi untuk belajar juga kita perlukan wang. Pendek cite kalau xde duet susah la nak sambung study. Bayangkan untuk diploma je saya da berhutang dengan PTPTN puluh ribu, agak2 kalau degree brape ye? Lu PK la sendiri!! Bergelar seorang pelajar sangat BEST & terlalu manis.. jauh giler bezanya dengan tanggungjawab seorang yang da bekerja. Apa-apa pun, bila tiba masanya nanti, kita pasti akan bekerja gak..
Sebenarnya saya masuk kerja kat dalam office ni pon dalam keadaan kalut(da la x hantar resume, interview je dapat). Sebenarnya teman kawan je time dia nak apply keje kat sini, tapi saya yang dapat.. he3. Alhamdulillah semua ini rezeki dari Allah.
 Ok, setelah lama keje kat sini (lama gak la, walaupun lbih 2 bulan.. he3) pada bulan lepas saya diberikan amanah untuk membuat magazine mengenai Ramadhan. Buku ni nak bagi free kat orang tau..(wat amal jariah la untuk orang ramai). Dapat je keje ni, terus cari bahan dari internet, buku2, majalah2 untuk dijadikan rujukan. Alhamdulillah banyak gak yang saya dapat dibantu oleh rakan saya (supervisor la pulak, tapi saya lak kena handle buku ni sebab dia ada projek laen..). Xpe la, x kisah sangat sebab orang lain pon banyak tolong2.
Jadi, akhir kalam, saya memerlukan sokongan dari anda semua untuk memberikan saya semangat di dalam menyiapkan majalah ini. Insya Allah dengan izin Allah buku ini akan siap dalam Bulan Rejab ini.
Yakin dengan janji Allah bahawa Allah pasti akan membantu dan memudahkan hambaNya yang menuju ke jalanNya dan yakin sangat2 JANJI ALLAH PASTI BENAR!! Semoga keyakinan ini dapat diterapkan di dalam sanubariku.. ^_^

beBeL beBeL beBeL....

Tanggal 28 Mei 2011. Ada yang anggap tarikh ini tarikh keramat sebab banyak peristiwa yang berlaku kat dirinya dan tarikh yang ditunggu2 selama ini. Ada gak yang tunggu tarikh ni untuk sambut Birthday, ada yang tunggu tarikh ini untuk tengok final bola sepak UEFA 2011 di antara Kelab Barcelona dan Manchester United. Ada yang berlaku kisah duka dan ada gak kisah lucu yang mungkin telah terjadi dalam kehidupannya pada tarikh tersebut.
Tetapi bukan rahsia tersirat dan tersurat di sebalik tarikh 28 Mei 2011 itu yang saya ingin ceritakan, tetapi apa yang ingin saya ceritakan ialah pengalaman saya sendiri pada saat tarikh itu.
Baiklah, terus kepada apa yang ingin saya citekan. Di malam harinya, setelah tunaikan solat Isyak, saya melabuhkan badan untuk berehat sebentar di atas katil, nak rehatkan otak la jap penat bekerja selama 5 hari berturut2 sambil membebel2 dengan rakan2, baca majalah Solusi dan membelek2 laptopku dengan xde perasaannya.
Seusai saya berborak2 bersama rakan2, mereka terus keluar untuk overnight kat Putrajaya kata dorang sebelum nak tunggu saat bermulanya final sepak bola EUFA 2011. Keluar je dorang dari pintu bilik tu, terus saya bukak 1 cerita ni sambil makan chipsmore.. ha3. Memang da bosan sangat la time tu, saya pon message la bestfriend saya sambil tengok2 cite ape ntah(xde perasaan kan..). Tapi, bukan ni gak yang saya nk citer..
Ok, dipendekkan cite, malam tu saya sakit telinga (memang sakit gler la..). Dari pukul 11 p.m – 2.30 a.m cuba gak nak tido, tp x bole sebab saket ni telah menyerang saya dengan ganazzznya. Pastu amek la keputusan untuk amek wudhuk & solat sunat jap. Alhamdulillah ada gak kurang lepas tu. Tapi time tu pon xbole nak tido lagi, sebab rase macam kena cucuk je telinga ni. Lastly, amek la keputusan untuk balek rumah kat Cheras tu.
Sebelum nak balek tu nak la singgah beli gula2 takut2 ngantuk lak masa drive nanti. Tapi, Ya Rabbi punya la ramai manusia kat Seksyen 15 ni tengok bola. Pastu, timbul la pulak persoalan, kenapa time solat fardhu kat Surau/Masjid x ramai macam ni? Jalan2 kat kedai mamak, restoran2 yang pasang channel bola semuanya penuh sampaikan ada yang sanggup duduk kat atas tar jalan dan motor dorang semata2 nak tengok bola!!
Alhamdulillah, dapat la gak beli gula2 kat kedai runcit area2 situ, pastu masa nak keluar dari jalan tu, paham2 la memang susah la sebab orang laen semuanya da tutup jalan tu. Tapi, dengan hati kering saya selamba je lalu kat situ (da xde jalan laen kan..). part yang paling best masa lalu kat situ, saya kena bo0o0o dengan orang2 kat sekeliling tu. Saya pon ape lagi, buat bodo je la (x ade perasaan, ha3).
10 minit pastu, saya da ada kat atas highway, memang bawak slow gler la sebab x bole nak bawak laju2 da sekarang ni, dulu zaman bujang bole la jadi rider (ha3, macam la sekarang ni da kawen). Masa atas highway tu ada la dengar 1 bunyi yang agak kurang menyenangkan (da la bukak tingkap, memang jelas la). Makin lama, makin dekat la pulak bunyi tu, tergerak HATI nak toleh sebelah, tiba2 tengok je kat tepi ada 2 orang mat rempit tengah lumba haram daaa. Aiyak, ingatkan apa la tadi kan?? he3

Macam ni la gaya mat rempit tu masa berlumba. heBat tuuu!!

Nasib baik dia hidup lagi woo, kalu kena langgar dengan lori dengan bas kat depan tu x ke kesian kat mak ayah dia kena buat kenduri. Insaf la cepat2 mat rempit, jangan la sampai bubur da basi baru nak insaf, sebab xde guna da time tu. Alhamdulillah sekali lagi saya selamat sampai di rumah pada jam 4.30 a.m dengan disambut oleh ibu yang tersayang. ~tammat~

Jap2, apa function saya tulis benda ni? Macam xde pengajaran je kan? ada la, sebab tu saya tulis.
1. X kisah la kita ni nak tengok bola ke apa ke, yang penting kita sebagai manusia yang x lari dari tanggungjawab sebagai hamba Allah kena la pandai untuk seimbangkan mana yang patut & perlu.
2. Jangan la jadi mat rempit kerana family kita sentiasa mengharapkan anak2nya berjaya di dalam hidupnya. Semua mak & ayah kita nak anak2 dia jadi insan yang berguna kan? Ingatlah orang yang tersayang, lagi2 orang kat sebelah kita ni ha..
3. Ingatlah Allah sentiasa agar hidup kita ni sentiasa dapat berkat dari-Nya.
4. Ni korang kena dengar betul2 sebab ni pengajaran paling penting sekali:-
“Saya suka memBEBEL” !! he3 ^_^

Saat IndahKu Bersamamu.... KUIS


Alhamdulillah tanggal tarikh 3 Mei 2011, saya telah tamat pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) setelah bertungkus lumus di dalam menyiapkan tesis (short sem). Alhamdulillah gak sebab result sem akhir saya sedikit sebanyak telah membuatkan saya rasa bersyukur pada-Mu Ya Rabbi. Xde  ungkapkan lain yang dapat diluahkan melainkan rasa Syukur dan Alhamdulillah kerana inilah hasil yang telah diperolehi setelah berusaha selama 3 tahun di sini.
Alhamdulillah juga setelah tamat pengajian di KUIS ini, saya telah mendapat kerja di sebuah syarikat http://www.abadsinergi.com/ di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, Selangor. Alhamdulillah juga kerana saya dicampakkan Allah S.W.T di sini kerana  banyak ilmu baru yang dapat saya pelajari di samping berkongsi ilmu dengan staff2 lain. Insya Allah pada saat ini, saya akan tunggu masanya untuk saya menyarung jubah konvo yang akan saya lalui pada tahun ini.
KUIS bukanlah 1 nama yang asing lagi bagi diriku. Di sini, telah banyak rintangan dan onak duri yang telah saya lalui sepanjang pengajian saya selama 3 tahun. Di sini gaklah tempatnya saya belajar erti kehidupan di mana bukan semua orang dapat merasainya kerana ada orang yang tujuannya datang ke IPT ini hanyalah fokus untuk study je, ada yang datang untuk mencari kenalan baru, dan ada yang bermacam-macam sebab kenapa mereka menyambung pengajian di peringkat IPT ini.
Bagi saya, xde gunanya jika kita ingin belajar je, pastu abes keluar IPT masing2 macam tu je tanpa mengutip sebanyak mungkin permata2 yang ada di sekelilingnya. Memang tujuan utama kita adalah BELAJAR, tetapi harus diingatkan gak kita ni bukannya robot nak belajar 24 jam 7 hari seminggu kan? Kita haruslah pandai untuk membahagikan masa yang kita ada itu untuk benda2 yang boleh mengisi hati kita ini agar hati ini tidak akan memberontak seperti pengisian rohani dan jasmani.
Selain itu gak, ramai yang cakap kalau kita join program ni, join kelab ni, kita punya study akan terabai.. Ahli falsafah mana yang cakap tu? Habaq mai sini!! Semua ni, kita boleh atasi dengan adanya sikap serius kita di dalam menguruskan kehidupan seharian kita. Andai betul cara pengurusan masa kita Insya Allah akan eloklah segala perancangan kita.

Allah S.W.T berfirman :
 Jika kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah ...
Ali Imran : 159

So, xkan la kita nak diam diri je kan? Kita kena la rancang masa depan kita dengan teliti mulai sekarang supaya kita akan nampak segala hala tuju kita semua.
Masa depan kita terletak di atas diri kita sendiri. Jika berjaya kita mencorakkannya, Insya Allah kejayaan milik kita semua.. Amen Ya Rabb ^_^

Nafas Baru Kembali !!

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana masih lagi dikurniakan nikmat di dunia ini yang penuh dengan barakah. Syukur juga sekali lagi kerana blog ini telah berjaya dibina hari ini. Untuk pengetahuan semua blog ini adalah blog baru saya. Blog lama saya yang beralamat http://sebaik-baikcahaya.blogspot.com/ itu tidak saya pakai lagi kerana mempunyai beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Insya Allah dengan adanya blog yang baru ini, saya akan berusaha untuk lebih maju di dalam bidang penulisan dan menghasilkan catatan-catatan yang bermanfaat untuk kita semua. Sama-sama lah kita berusaha untuk berubah ke arah kebaikan. Takbir! (^__^)