Sunday, 24 July 2011

saLah KaU La...

Semua masa kecik2 dulu mesti pernah nyanyi lagu ni kan?? Popular kot!! Ntah sape la yang cipta kan?? Pape pon layan dulu........

Oh Bangau oh Bangau
Kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tidak timbul 2x
Oh ikan oh ikan
Kenapa engkau tidak timbul
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat 2x
Oh rumput oh rumput
Kenapa panjang sangat
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku 2x
Oh kerbau oh kerbau
Kenapa engkau tak makan rumput
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit 2x
Oh perut oh perut
Kenapa engkau sakit
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah 2x
Oh nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah
Macam mana aku tak mentah
Kayu api basah 2x
Oh kayu oh kayu
Kenapa engkau basah
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku 2x
Hujan oh hujan
Kenapa engkau timpa kayu
Macam mana aku tak timpa kayu
Katak panggil aku 2x
Katak oh katak
Kenapa engkau panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku 2x
Oh Ular oh Ular
Kenapa engkau kau nak makan katak
Macam mana aku tak makan katak
Memang makanan aku 2x
Mesti teringat lak zaman kita semua kecik2 dulu kan?? Bila kita amati lirik lagu ini betul2, kita dapat tengok masing2 menyalahkan sesama mereka sampai la seterusnya tanpa ada penyelsaian kan?
Sebenarnya watak2 binatang dalam nyanyian tu x lebih daripada simbolik dari jelmaan di antara watak manusia yang suka menyalahkan orang lain. Tengok je la apa yang berlaku dalam dunia hari ini. (sama la macam kita sekarang..)
Sebagai manusia kita semua x kan sunyi daripada kesilapan. Dengan kata lain, sekiranya benar punca yang menjadi kemarahan itu ada, kena la segera diperbaiki. Jom sama2 kita muhasabah diri kita untuk kita perbaiki mana yang salah & membuat lagi penambahbaikan mana yang da elok tu..
Semua orang kat sekeliling kita ni kena la mainkan peranan untuk bagi ISLAM ni maju lagi ke hadapan.. Jadi, untuk memastikan semua ni BERJAYA kena la dengar cakap wonderpets “apa yang penting? keRjaSaMa!!” ^_^

Tuesday, 19 July 2011

maSa, waKtU @tIme

Pergh, memang lama la x update blog ni.. camni la manusia bila da sibuk dengan urusan dunia, macam2 benda kita nak buat terabai.. contohnye macam saya ni ha, update blog memang rajin la sangat sebab banyak kerja kat office ni.. (facebook ade lak masa.. he3). So, memandangkan sebelum2 ni saya sibuk dengan urusan duniawi, saya nak cite siket la pasal masa ni.. Mungkin kali ni, penulisan saya agak berat siket, tapi saya harus melakukannya demi orang lain yang makin hari makin sayang dengan urusan dunia yang jauh menyimpang dari tujuan asal kita hidup ini..
MASA, WAKTU @ TIME (Same je kot maksudnye.. he3). Masa merupakan sesuatu yang sangat bernilai bagi setiap orang. Tanpa adanya masa, kita tidak dapat merancang kehidupan kita dengan sempurna.Betul la kan? Sebab tu la kita ade dengar pepatah melayu bahawa “masa itu emas” . Sepatutnya masa itu umpama emas sebab emas kan sangat bernilai (suke2 je nak betulkan pepatah melayu ni, tapi memang sepatutnya camni pon.. he3). tapi, Cikgu2 sekolah pon selalu cakap kat kita semua camtu kan?? tu dulu, sekarang lain la kot!! he3

Saidina Ali R.A pon pernah cakap :
“Masa itu umpama pedang, jika kamu tidak memenggalnya nescaya ia akan memenggal lehermu”

Cube kita fikir jap la eh, ape yang sebenarnya kita da buat sepanjang hidup kita kat dunia ni? Apa sumbangan kita pada ISLAM? Agak2nya mampu x kita untuk jadi macam para sahabat? Ulama2’? orang2 soleh?
Confirm ramai la di antara kita yang akan cakap susah la, payah la, tu zaman sahabat dengan nabi la, dorang ade ramai orang2 soleh la..
Tp.......
Ade x kita fikir??
Mana datangnya golongan2 camni??
Ye, betul!! sebab dalam diri mereka ade roh pejuang yang tinggi.. ade semangat untuk melakukan satu perubahan untuk semua ummat manusia kat bumi ni..
So, camne pulak dengan diri kita? Agak2nya ade x sifat macam tu? Kita sebenanya seringkali lupe tujuan asal kita hidup kat dunia ni.. tu la sebabnye!!
Kita kena ingat bahawa habis je umur seseorang bererti habisnya masa yang diperuntukkan Allah kepadanya hidup kat dunia ni.

Menurut Ibnu U’qail yang telah wafat pada 513 H telah berkata :
“Sesuatu yang paling berharga dan patut dimiliki oleh orang yang berakal adalah waktu. Ini adalah disebabkan kerana waktu adalah harta yang harus dimiliki dalam setiap perkara kerana waktu sangat singkat dan cepat berlalu sedangkan banyak perkara yang ingin dilakukan.”

Firman Allah S.W.T pula di dalam al-Quran :
(masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, Dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!"
(al-haqqah : 24)
Tengok!! dalam al-Quran pon da membuktikan bahawa masa merupakan perkara terpenting di dalam hidup kita.
jika kita isi masa kita dengan kepayahan dunia..... maka syURga menanti, jika kita isi pula dengan kesenangan dunia yang hanya sementara..... maka neRaKa pula menunggu kita..
kesimpulannya, biarlah kita semua bersusah-susah dulu dan bersenang-senang kemudian kerana nikmat di penghujung (syurga) nanti tiada kesudahannya.. ^_^