♪ Oh Bangau oh Bangau
Kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tidak timbul 2x ♫
♪ Oh ikan oh ikan
Kenapa engkau tidak timbul
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat 2x ♫
♪ Oh rumput oh rumput
Kenapa panjang sangat
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku 2x ♫
♪ Oh kerbau oh kerbau
Kenapa engkau tak makan rumput
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit 2x ♫
♪ Oh perut oh perut
Kenapa engkau sakit
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah 2x ♫
♪ Oh nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah
Macam mana aku tak mentah
Kayu api basah 2x ♫
♪ Oh kayu oh kayu
Kenapa engkau basah
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku 2x ♫
♪ Hujan oh hujan
Kenapa engkau timpa kayu
Macam mana aku tak timpa kayu
Katak panggil aku 2x ♫
♪ Katak oh katak
Kenapa engkau panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku 2x ♫
♪ Oh Ular oh Ular
Kenapa engkau kau nak makan katak
Macam mana aku tak makan katak
Memang makanan aku 2x ♫
Mesti teringat lak zaman kita semua kecik2 dulu kan?? Bila kita amati lirik lagu ini betul2, kita dapat tengok masing2 menyalahkan sesama mereka sampai la seterusnya tanpa ada penyelsaian kan?
Sebenarnya watak2 binatang dalam nyanyian tu x lebih daripada simbolik dari jelmaan di antara watak manusia yang suka menyalahkan orang lain. Tengok je la apa yang berlaku dalam dunia hari ini. (sama la macam kita sekarang..)
Sebagai manusia kita semua x kan sunyi daripada kesilapan. Dengan kata lain, sekiranya benar punca yang menjadi kemarahan itu ada, kena la segera diperbaiki. Jom sama2 kita muhasabah diri kita untuk kita perbaiki mana yang salah & membuat lagi penambahbaikan mana yang da elok tu..
Semua orang kat sekeliling kita ni kena la mainkan peranan untuk bagi ISLAM ni maju lagi ke hadapan.. Jadi, untuk memastikan semua ni BERJAYA kena la dengar cakap wonderpets “apa yang penting? keRjaSaMa!!” ^_^
No comments:
Post a Comment