Wednesday, 21 September 2011

jOm eKoT siFat SeTan

jOm eKoT siFat SeTan?? Gila ke apa tajuk ni?? Dengar macam orang cakap x pikir je tapi sebelum kita buat andaian jom kita baca dulu sampai abes..
ok, sememangnya syaitan dan manusia pada dasarnya 2 makhluk yang berbeza dan saling bermusuhan. Manusia pulak pada umumnya mesti benci gila kat syaitan sebab sifat jahatnya. Namun, sedar tak sedar ada sifat2 syaitan yang sebenarnya kita patut contohi. Apa benda tu ea?? Jom Layan......
1. Pantang menyerah
Syaitan tak kan pernah menyerah sampai la keinginannya untuk menggoda manusia tercapai. Tapi, manusia banyak yang mudah menyerah, malah sering mengeluh dalam menggapai sesuatu atau pun dalam menghadapi ujian dari ALLAH SWT.

2. Kreatif
Syaitan akan cari gak cara dan bagaimana untuk menggoda manusia agar tujuannya tercapai, selalu kreatif dan penuh dengan idea. Sedangkan manusia ni nak seronok je, banyak yang malas pulak tu!! Sebahagian besar daripada manusia selalunya nak dapatkan sesuatu tu dengan cara yang segera, padahal cara segera tu la boleh merugikan orang lain. Yang Haram pulak dianggap Halal. Apa nak jadi ni??

3. Konsisten
Syaitan dari awal diciptakan tetap konsisten pada pekerjaannya, tak pernah mengeluh dan berputus asa. Sedangkan manusia ramai yang mengeluh dengan kerjanya, padahal banyak lagi manusia lain yang masih menganggur dan memerlukan pekerjaan.

4. Bekerjasama
Syaitan ni bila sesama syaitan tak pernah saling menyakiti, bahkan selalu bekerjasama untuk menggoda manusia. Sedangkan manusia, jangankan amek peduli sesama dorang, saling bermusuhan, membunuh dan menyakiti ada la. Adoyai...

5. Genius
Syaitan ni la paling genius gila otaknya dalam mencari cara nak goda manusia. Tengok la berapa banyak yang da ikut die?? Manusia pulak da la ramai yang tak kreatif, bahkan banyak yang jadi peniru dan penciplak, tak mau mencipta idea-idea baru. Semua nak cilok je..

6. Ikhlas
Syaitan bekerja 24 Jam tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran. Sedangkan manusia tak kan buat sesuatu kerja tanpa bayaran. Sebenarnya bukan tu yang penting dalam hidup ini, patutnya kita saling membantu sesama umat manusia. Betul tak??

7. Suka berteman
Syaitan adalah makhluk yang selalu nak kan teman supaya ramai member2 dorang kat neraka nanti. Sedangkan manusia banyak yang lebih memilih dan mementingkan diri sendiri dan ego dengan orang lain pulak tu. Manusia ni pulak kalau dalam kerja tu asyek nak menonjolkan kemampuan sendiri je berbanding bekerjasama dengan orang lain (bajet bagos la sgt!!).
Ha, percaya x korang?? Gilerkentang la sebab kita sendiri tak sedar kan benda ni semua betul. Kesimpulannya, Sifat jahat syaitan jangan la kita ikut, tapi kalau kita mencontohi sifat-sifat baiknya yang berguna macam kat atas ni takde la dosa yela untuk kebaikan diri kita dan sesama muslim gak. 
Jadi, Selamat Beramal.. ^_^

6 comments:

  1. perkongsian yang menarik :)

    ReplyDelete
  2. he3, biase la..
    blog da upgrade ade la smgt sket nak mnulis lg..
    skrg ni sbok gler dgn keje, nak xnk kena la gak tulis2 ni.. ^_^

    ReplyDelete
  3. tapi k.a, kenapa cursor k.a wane ijau. hehehe.

    ReplyDelete
  4. sbb suke kaler ejau la..
    ape da?? awat x tnye je nape lagu yg sy wat tu kaler ejau pastu ade putih kat tgh2?? he3

    ReplyDelete
  5. kalau suka wane ijau, awat x buat layout pn wane ijau. k.a. widget k.a kat blog ni banyak sangatlah. apa kata kurangkan sedikit. :D

    ReplyDelete
  6. he3, lmbt nak bukak ea??
    k2, t ade mase i.allah sy try la buang mne yg rase patot buang tu ea..
    btw, thnx sbb sudi ziarah.. =)

    ReplyDelete