Monday, 3 October 2011

SELAMAT HARI LAHIR IBU!!

Khas buatmu, IBU
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. ibu

Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila keseorangan yang sentiasa di sampingku.. ibu
Bila bangun tidur, aku carik.. ibu

Bila nangis, orang pertama yang datang.. ibu
Bila nak bermanja, aku dekat dengan.. ibu
Bila sedih, yang pujuk aku hanya.. ibu

Bila nakal yang marah aku.. ibu
Bila merajuk, yang pujuk aku cuma.. ibu
Bila aku takut, yang tenangkan aku.. ibu
Aku selalu teringatkan.. ibu
Bila sedih, mesti nak dengar suara.. ibu
Bila seronok, mesti nak berkongsi dengan.. ibu

Bila aku membebel, yang suka dengar.. ibu
Bila sakit, yang paling risau.. ibu
Bila aku bengang, aku suka luahkan kat.. ibu

Bila ada masalah, yang paling risau.. ibu
Yang selalu masak makanan kegemaran aku.. ibu
Yang selalu simpan dan kemas barang-barang aku.. ibu
Bila nak kahwin pon, orang pertama yang aku rujuk.. ibu
Tapi.........

Ada tak aku hargai jasa ibuku selama hidupku di muka bumi ini?
Aku tak mampu membalas segala jasamu IBU..
Aku tak mampu membayar hutang peluh keringat yang telah kau curahkan padaku selama ini IBU..

Aku tak mampu dan tak mampu untuk membalasnya, kerana semua itu adalah anugerah Allah kepadaku dan aku sangat bersyukur kerana mempunyai seorang IBU sepertimu..
semoga IBU sentiasa dirahmati Allah S.W.T..

SELAMAT HARI LAHIR IBU!! (02/10/1966)

3 comments:

  1. slamat hari lahir juga makcik :)) keke.. (ttber)

    ReplyDelete
  2. bangga ibu pnulis mmbcanya :)

    ReplyDelete
  3. tira : time kasih.. he3

    fiqah : he3, mesti la die bangga..

    ReplyDelete