Thursday, 1 December 2011

bag0s La SaNgaT!!

E’eleh.. bajet bagos plak la die ni..
Eh, macam tu pulak?
Kita ni buat baek orang kate bajet bagos, tapi bile buat jahat pon orang mengata pasal kita.. kenapa ek?
Nak buat macam mane, tu la mulut manusia!!
Kita memang xbole nak tutup mulot dorang tapi ape yang penting ialah kita buat la benda2 baek & tidak melanggari syarak.. Insya Allah, walaupon kita ni hina di sisi manusia tetapi di sisi Allah kitalah umat yang paling mulia.
Tapi, kita pon kena ingat, buatlah amal kebaikan tu ikhlas kerana Allah Taala, bukan kerana ingin dipuji, bukan kerana ingin menunjukkan yang kita ni baik k..
Pape pon, hiduplah untuk beramal kepada Allah & berbakti kepada agama Islam.. ^_^

Wednesday, 30 November 2011

LaNgKah beRmULa...

“ Maka dengan ini, saya mengumumkan anda sebagai Alumni dan Graduan KUIS ”

Fuh, dengar je ayat tu kluar dari mulut rektor terus rasa happy sangat2.. Mana x nya, setelah 3 tahun bertungkus lumus di dalam menempuh arus dugaan hidup yg penuh dengan pancaroba, akhirnya saya telah berkonvokesyen pada tanggal 26 November 2011 yang lalu..
Bukan bererti 3 tahun tu macam seksa belajar, tapi rasa seronok sangat2 kerana dalam tempoh 3 tahun yang singkat tu saya telah banyak belajar erti kehidupan yang sebenar. Bak kata pepatah la an, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.
ade gak la amek gmbr dgn ibu walaupon xde duit nak amek gmbr kat studio.. T_T

he3, bos yg memang sporting beb..

member yg setia d sisi.. cewah, ha3

lastly, ni la hadiah2 yg tlh sy dpt masa konvokesyen aritu. dgr2 ade lagi nak bg ni.. he3

Friday, 11 November 2011

Jangan bagitau orang lain tau!!


Cube teka apa yang paling berat kat dunia ni?
mesti ada yang jawab besi, batu, gajah, ikan paus, macam2 lagi la..
ok, semua jawapan korang memang betul..
Tapi..........

kata Imam Ghazali, yang paling berat adalah “memegang amanah


Kita sebagai seorang Mukmin memang x dapat dipisahkan dengan amanah. Amanah ni pulak kena seiring dengan berpegang teguh dengan 2 kalimah syahadat, melalui lisan, akhlak secara zahir dan batin.

Sabda Rasulullah SAW, “Tidak (sempurna) iman seseorang yang tidak amanah, dan tidak (sempurna) agama orang yang tidak menunaikan janji,”
(HR Ahmad) 

Mesti kita selalu buat macam ni kan? Kalau x selalu pon mesti pernah gak buat lagi2 time kita kecik2 dulu. byk saham kita kan?? hm...

Sunday, 23 October 2011

oh aYaH...


Ayah...
Setiap kali memandang wajahmu,
Hati ini begitu bersyukur,
Hati ini begitu bahagia,
Kerana aku dapat merasai kehadiran seorang ayah.

Ayah...
Kehidupanku terasa bermakna,
Dengan titik peluhmu,
Aku dan adik-adik dapat mengenali dunia.

Ayah...
Walaupun kau seorang yang garang,
Yang seringkali memarahiku,
Namun aku tetap bersyukur dan mengerti kerana,
Itulah cara kau mendidik kami semua.

Ayah...
Terasa didalam hatiku,
Betapa jasamu selama ini,
Hingga kini kurasakan bimbinganmu,
Untuk bekalku di hari nanti.

Ayah...
Terima kasih ku ucapkan,
Pada ayahku yang tersayang,
Pengorbanan yang selalu engkau berikan,
Agar kami dapat tersenyum dengan riang.

Ya Allah Ya Robbi..
Dengarkanlah doaku ini..
Perkenankanlah doaku ini..
Ku persembahkan untuk ayah, yang sekarang ini berada di HUKM..
 Ya Robbi.. berikanlah kesembuhan dan kesihatan kepada ayahku..
Agar ayah bisa kembali seperti dulu..
Aminn..Aminn..Amin..Ya Robbal Alamin..

Monday, 17 October 2011

Yasin

Anda mahukan kelainan? Mahu lain dari yang lain? Kini anda telah menemuninya..
Idea terkini penghasilan Surah Yasin yang jelas, menarik, bertajwid, design yang segar dan sangat eksklusif untuk dimiliki.. sesuai untuk :

• Hadiah Korporat Syarikat / Organisasi
• Sedekah / Wakaf
• Majlis Tahlil / Aqiqah / Perkahwinan / Pertunangan
• Tempahan sebarang Majlis Rasmi / Tidak Rasmi
• Juga sebagai koleksi peribadi yang abadi…

Dapatkannya segera!!
Sebarang pertanyaan atau info boleh terus kepada saya..

Sample2 nama hotstamping

additional hotstamping

Yasin Emas

Wedding Packaging for Yasin

Custom Design Cover Yasin (Majlis Aqiqah)

more custom design cover

Amalus Solihin cover

Amalus Solihin

HIMPUNAN SEJUTA UMAT


Sesape yang rasa dirinya ISLAM dan berkelapangan pada hari tersebut WAJIB untuk menghadirkan diri..

Ini semua demi AGAMA ISLAM kita semua..

JOM KITA BANGKIT..

ALLAHU AKBAR!!

Info tambahan :
http://himpun.org/

Monday, 3 October 2011

SeLamaT PenGaNTin baRU

“Apabila seseorang hamba telah berkeluarga, bererti dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka takutlah kepada Allah terhadap separuh yang lain.”
Hadith Ar-Rasul, riwayat At-Tabrani
Alhamdulillah selamat sudah majlis walimah sahabatku Syed (Syed Ahmad Israa’) pada Sabtu yang lepas (01/10/11). Nasib baik ada jep2 (Huzaifah) jadi co-pilot untuk tunjuk jalan bagi tak sesat masa pergi ke sana & balik..

Setibanya aku di sana bagaikan ada satu kelainan dari majlis walimatul urus yang sebelum ini aku ikuti. Ternyata sangkaanku benar dan aku rasakan seperti diriku terpanggil untuk masuk ke dalam dewan dengan lebih pantas (he3, padahal da lapar sebab tak makan pagi)..

Tapi……………
betul la ada kelainan dari majlis kawen orang lain sebab ianya ringkas tapi padat.. xde kompang, tapi ada alunan Firdausi yang menghiasi suasana dewan hari tu (tenang je rasa)..

Orang pon ramai yang hadir, sampai terserempak dengan muallimah masa mengajar kat Sek Men Islam Hira’ dulu. Sahabat2 lain pon ada gak jumpe masa aritu (rindu saat2 itu…).

Ok, cuma apa yang nak disampaikan kat sini ialah ucapan tahniah di atas pernikahan ini. Semoga dikurniakan rumahtangga yang tenang, saling mencintai, dirahmati, serta bertunjangkan asas Islam dan syariah, demi melahirkan generasi Muslim harapan.
note : shbt (nik rafi’e) yang sebelum ni masa kawen awal tahun dulu pon same gak lebih kurang macam ni, tapi x sempat nak tulis dalam blog ni.. he3 ^_^

SELAMAT HARI LAHIR IBU!!

Khas buatmu, IBU
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. ibu

Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila keseorangan yang sentiasa di sampingku.. ibu
Bila bangun tidur, aku carik.. ibu

Bila nangis, orang pertama yang datang.. ibu
Bila nak bermanja, aku dekat dengan.. ibu
Bila sedih, yang pujuk aku hanya.. ibu

Bila nakal yang marah aku.. ibu
Bila merajuk, yang pujuk aku cuma.. ibu
Bila aku takut, yang tenangkan aku.. ibu
Aku selalu teringatkan.. ibu
Bila sedih, mesti nak dengar suara.. ibu
Bila seronok, mesti nak berkongsi dengan.. ibu

Bila aku membebel, yang suka dengar.. ibu
Bila sakit, yang paling risau.. ibu
Bila aku bengang, aku suka luahkan kat.. ibu

Bila ada masalah, yang paling risau.. ibu
Yang selalu masak makanan kegemaran aku.. ibu
Yang selalu simpan dan kemas barang-barang aku.. ibu
Bila nak kahwin pon, orang pertama yang aku rujuk.. ibu
Tapi.........

Ada tak aku hargai jasa ibuku selama hidupku di muka bumi ini?
Aku tak mampu membalas segala jasamu IBU..
Aku tak mampu membayar hutang peluh keringat yang telah kau curahkan padaku selama ini IBU..

Aku tak mampu dan tak mampu untuk membalasnya, kerana semua itu adalah anugerah Allah kepadaku dan aku sangat bersyukur kerana mempunyai seorang IBU sepertimu..
semoga IBU sentiasa dirahmati Allah S.W.T..

SELAMAT HARI LAHIR IBU!! (02/10/1966)

Wednesday, 21 September 2011

jOm eKoT siFat SeTan

jOm eKoT siFat SeTan?? Gila ke apa tajuk ni?? Dengar macam orang cakap x pikir je tapi sebelum kita buat andaian jom kita baca dulu sampai abes..
ok, sememangnya syaitan dan manusia pada dasarnya 2 makhluk yang berbeza dan saling bermusuhan. Manusia pulak pada umumnya mesti benci gila kat syaitan sebab sifat jahatnya. Namun, sedar tak sedar ada sifat2 syaitan yang sebenarnya kita patut contohi. Apa benda tu ea?? Jom Layan......
1. Pantang menyerah
Syaitan tak kan pernah menyerah sampai la keinginannya untuk menggoda manusia tercapai. Tapi, manusia banyak yang mudah menyerah, malah sering mengeluh dalam menggapai sesuatu atau pun dalam menghadapi ujian dari ALLAH SWT.

2. Kreatif
Syaitan akan cari gak cara dan bagaimana untuk menggoda manusia agar tujuannya tercapai, selalu kreatif dan penuh dengan idea. Sedangkan manusia ni nak seronok je, banyak yang malas pulak tu!! Sebahagian besar daripada manusia selalunya nak dapatkan sesuatu tu dengan cara yang segera, padahal cara segera tu la boleh merugikan orang lain. Yang Haram pulak dianggap Halal. Apa nak jadi ni??

3. Konsisten
Syaitan dari awal diciptakan tetap konsisten pada pekerjaannya, tak pernah mengeluh dan berputus asa. Sedangkan manusia ramai yang mengeluh dengan kerjanya, padahal banyak lagi manusia lain yang masih menganggur dan memerlukan pekerjaan.

4. Bekerjasama
Syaitan ni bila sesama syaitan tak pernah saling menyakiti, bahkan selalu bekerjasama untuk menggoda manusia. Sedangkan manusia, jangankan amek peduli sesama dorang, saling bermusuhan, membunuh dan menyakiti ada la. Adoyai...

5. Genius
Syaitan ni la paling genius gila otaknya dalam mencari cara nak goda manusia. Tengok la berapa banyak yang da ikut die?? Manusia pulak da la ramai yang tak kreatif, bahkan banyak yang jadi peniru dan penciplak, tak mau mencipta idea-idea baru. Semua nak cilok je..

6. Ikhlas
Syaitan bekerja 24 Jam tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran. Sedangkan manusia tak kan buat sesuatu kerja tanpa bayaran. Sebenarnya bukan tu yang penting dalam hidup ini, patutnya kita saling membantu sesama umat manusia. Betul tak??

7. Suka berteman
Syaitan adalah makhluk yang selalu nak kan teman supaya ramai member2 dorang kat neraka nanti. Sedangkan manusia banyak yang lebih memilih dan mementingkan diri sendiri dan ego dengan orang lain pulak tu. Manusia ni pulak kalau dalam kerja tu asyek nak menonjolkan kemampuan sendiri je berbanding bekerjasama dengan orang lain (bajet bagos la sgt!!).
Ha, percaya x korang?? Gilerkentang la sebab kita sendiri tak sedar kan benda ni semua betul. Kesimpulannya, Sifat jahat syaitan jangan la kita ikut, tapi kalau kita mencontohi sifat-sifat baiknya yang berguna macam kat atas ni takde la dosa yela untuk kebaikan diri kita dan sesama muslim gak. 
Jadi, Selamat Beramal.. ^_^

Sunday, 24 July 2011

saLah KaU La...

Semua masa kecik2 dulu mesti pernah nyanyi lagu ni kan?? Popular kot!! Ntah sape la yang cipta kan?? Pape pon layan dulu........

Oh Bangau oh Bangau
Kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tidak timbul 2x
Oh ikan oh ikan
Kenapa engkau tidak timbul
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat 2x
Oh rumput oh rumput
Kenapa panjang sangat
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku 2x
Oh kerbau oh kerbau
Kenapa engkau tak makan rumput
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit 2x
Oh perut oh perut
Kenapa engkau sakit
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah 2x
Oh nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah
Macam mana aku tak mentah
Kayu api basah 2x
Oh kayu oh kayu
Kenapa engkau basah
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku 2x
Hujan oh hujan
Kenapa engkau timpa kayu
Macam mana aku tak timpa kayu
Katak panggil aku 2x
Katak oh katak
Kenapa engkau panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku 2x
Oh Ular oh Ular
Kenapa engkau kau nak makan katak
Macam mana aku tak makan katak
Memang makanan aku 2x
Mesti teringat lak zaman kita semua kecik2 dulu kan?? Bila kita amati lirik lagu ini betul2, kita dapat tengok masing2 menyalahkan sesama mereka sampai la seterusnya tanpa ada penyelsaian kan?
Sebenarnya watak2 binatang dalam nyanyian tu x lebih daripada simbolik dari jelmaan di antara watak manusia yang suka menyalahkan orang lain. Tengok je la apa yang berlaku dalam dunia hari ini. (sama la macam kita sekarang..)
Sebagai manusia kita semua x kan sunyi daripada kesilapan. Dengan kata lain, sekiranya benar punca yang menjadi kemarahan itu ada, kena la segera diperbaiki. Jom sama2 kita muhasabah diri kita untuk kita perbaiki mana yang salah & membuat lagi penambahbaikan mana yang da elok tu..
Semua orang kat sekeliling kita ni kena la mainkan peranan untuk bagi ISLAM ni maju lagi ke hadapan.. Jadi, untuk memastikan semua ni BERJAYA kena la dengar cakap wonderpets “apa yang penting? keRjaSaMa!!” ^_^

Tuesday, 19 July 2011

maSa, waKtU @tIme

Pergh, memang lama la x update blog ni.. camni la manusia bila da sibuk dengan urusan dunia, macam2 benda kita nak buat terabai.. contohnye macam saya ni ha, update blog memang rajin la sangat sebab banyak kerja kat office ni.. (facebook ade lak masa.. he3). So, memandangkan sebelum2 ni saya sibuk dengan urusan duniawi, saya nak cite siket la pasal masa ni.. Mungkin kali ni, penulisan saya agak berat siket, tapi saya harus melakukannya demi orang lain yang makin hari makin sayang dengan urusan dunia yang jauh menyimpang dari tujuan asal kita hidup ini..
MASA, WAKTU @ TIME (Same je kot maksudnye.. he3). Masa merupakan sesuatu yang sangat bernilai bagi setiap orang. Tanpa adanya masa, kita tidak dapat merancang kehidupan kita dengan sempurna.Betul la kan? Sebab tu la kita ade dengar pepatah melayu bahawa “masa itu emas” . Sepatutnya masa itu umpama emas sebab emas kan sangat bernilai (suke2 je nak betulkan pepatah melayu ni, tapi memang sepatutnya camni pon.. he3). tapi, Cikgu2 sekolah pon selalu cakap kat kita semua camtu kan?? tu dulu, sekarang lain la kot!! he3

Saidina Ali R.A pon pernah cakap :
“Masa itu umpama pedang, jika kamu tidak memenggalnya nescaya ia akan memenggal lehermu”

Cube kita fikir jap la eh, ape yang sebenarnya kita da buat sepanjang hidup kita kat dunia ni? Apa sumbangan kita pada ISLAM? Agak2nya mampu x kita untuk jadi macam para sahabat? Ulama2’? orang2 soleh?
Confirm ramai la di antara kita yang akan cakap susah la, payah la, tu zaman sahabat dengan nabi la, dorang ade ramai orang2 soleh la..
Tp.......
Ade x kita fikir??
Mana datangnya golongan2 camni??
Ye, betul!! sebab dalam diri mereka ade roh pejuang yang tinggi.. ade semangat untuk melakukan satu perubahan untuk semua ummat manusia kat bumi ni..
So, camne pulak dengan diri kita? Agak2nya ade x sifat macam tu? Kita sebenanya seringkali lupe tujuan asal kita hidup kat dunia ni.. tu la sebabnye!!
Kita kena ingat bahawa habis je umur seseorang bererti habisnya masa yang diperuntukkan Allah kepadanya hidup kat dunia ni.

Menurut Ibnu U’qail yang telah wafat pada 513 H telah berkata :
“Sesuatu yang paling berharga dan patut dimiliki oleh orang yang berakal adalah waktu. Ini adalah disebabkan kerana waktu adalah harta yang harus dimiliki dalam setiap perkara kerana waktu sangat singkat dan cepat berlalu sedangkan banyak perkara yang ingin dilakukan.”

Firman Allah S.W.T pula di dalam al-Quran :
(masing-masing dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, Dengan sebab (amal-amal soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia)!"
(al-haqqah : 24)
Tengok!! dalam al-Quran pon da membuktikan bahawa masa merupakan perkara terpenting di dalam hidup kita.
jika kita isi masa kita dengan kepayahan dunia..... maka syURga menanti, jika kita isi pula dengan kesenangan dunia yang hanya sementara..... maka neRaKa pula menunggu kita..
kesimpulannya, biarlah kita semua bersusah-susah dulu dan bersenang-senang kemudian kerana nikmat di penghujung (syurga) nanti tiada kesudahannya.. ^_^