Thursday, 2 June 2011

keRJa.. LaLaLa.. keRJa..

keRJa.. keRJa.. keRJa.. itulah ungkapan yang sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan wang/duet/harta/aset untuk diri mereka. Nak xnak kena berusaha gak demi mencari rezeki & kesenangan hidup di masa akan datang.
28 Mac 2011, Seksyen 7, Bangi. Alhamdulillah telah lebih 2 bulan saya kerja di http://abadsinergi.com/ ini dan telah banyak ilmu yang saya perolehi di sini. Dari xtau jd tau, dari xpernah buat dibuat. Terima kasih juga kepada rakan2 officeku dan bosku kerana memberikan tunjuk ajar yang sangat berharga. Saya sangat gembira kerja di sini kerana suasananya yang tidak terlalu tension. Mungkin bagi orang lain setelah tamat belajar mereka ingin terus lagi menyambung kerana tidak mahu ketinggalan dek arus zaman kemodenan yang terlalu mementingkan certificate sekarang ni. Tetapi, bagi saya yang mempunyai matlamat dan hala tuju edop saya amat memerlukan duet sekarang ni, bukan kerana saya ingin menimang cucu.. ha3. Tapi saya memerlukannya bagi menempuh rona2 kehidupan saya yang mendatang. Ramai orang bertanyakan kepada saya:-

“xnak sambung belajar lagi ke pasni?, saya pon dengan ringkasnya menjawab : Insya Allah tahun depan..”

Ye, memang agak lama tahun depan tu, tapi untuk belajar juga kita perlukan wang. Pendek cite kalau xde duet susah la nak sambung study. Bayangkan untuk diploma je saya da berhutang dengan PTPTN puluh ribu, agak2 kalau degree brape ye? Lu PK la sendiri!! Bergelar seorang pelajar sangat BEST & terlalu manis.. jauh giler bezanya dengan tanggungjawab seorang yang da bekerja. Apa-apa pun, bila tiba masanya nanti, kita pasti akan bekerja gak..
Sebenarnya saya masuk kerja kat dalam office ni pon dalam keadaan kalut(da la x hantar resume, interview je dapat). Sebenarnya teman kawan je time dia nak apply keje kat sini, tapi saya yang dapat.. he3. Alhamdulillah semua ini rezeki dari Allah.
 Ok, setelah lama keje kat sini (lama gak la, walaupun lbih 2 bulan.. he3) pada bulan lepas saya diberikan amanah untuk membuat magazine mengenai Ramadhan. Buku ni nak bagi free kat orang tau..(wat amal jariah la untuk orang ramai). Dapat je keje ni, terus cari bahan dari internet, buku2, majalah2 untuk dijadikan rujukan. Alhamdulillah banyak gak yang saya dapat dibantu oleh rakan saya (supervisor la pulak, tapi saya lak kena handle buku ni sebab dia ada projek laen..). Xpe la, x kisah sangat sebab orang lain pon banyak tolong2.
Jadi, akhir kalam, saya memerlukan sokongan dari anda semua untuk memberikan saya semangat di dalam menyiapkan majalah ini. Insya Allah dengan izin Allah buku ini akan siap dalam Bulan Rejab ini.
Yakin dengan janji Allah bahawa Allah pasti akan membantu dan memudahkan hambaNya yang menuju ke jalanNya dan yakin sangat2 JANJI ALLAH PASTI BENAR!! Semoga keyakinan ini dapat diterapkan di dalam sanubariku.. ^_^

No comments:

Post a Comment