Tanggal 28 Mei 2011. Ada yang anggap tarikh ini tarikh keramat sebab banyak peristiwa yang berlaku kat dirinya dan tarikh yang ditunggu2 selama ini. Ada gak yang tunggu tarikh ni untuk sambut Birthday, ada yang tunggu tarikh ini untuk tengok final bola sepak UEFA 2011 di antara Kelab Barcelona dan Manchester United. Ada yang berlaku kisah duka dan ada gak kisah lucu yang mungkin telah terjadi dalam kehidupannya pada tarikh tersebut.
Tetapi bukan rahsia tersirat dan tersurat di sebalik tarikh 28 Mei 2011 itu yang saya ingin ceritakan, tetapi apa yang ingin saya ceritakan ialah pengalaman saya sendiri pada saat tarikh itu.
Baiklah, terus kepada apa yang ingin saya citekan. Di malam harinya, setelah tunaikan solat Isyak, saya melabuhkan badan untuk berehat sebentar di atas katil, nak rehatkan otak la jap penat bekerja selama 5 hari berturut2 sambil membebel2 dengan rakan2, baca majalah Solusi dan membelek2 laptopku dengan xde perasaannya.
Seusai saya berborak2 bersama rakan2, mereka terus keluar untuk overnight kat Putrajaya kata dorang sebelum nak tunggu saat bermulanya final sepak bola EUFA 2011. Keluar je dorang dari pintu bilik tu, terus saya bukak 1 cerita ni sambil makan chipsmore.. ha3. Memang da bosan sangat la time tu, saya pon message la bestfriend saya sambil tengok2 cite ape ntah(xde perasaan kan..). Tapi, bukan ni gak yang saya nk citer..
Ok, dipendekkan cite, malam tu saya sakit telinga (memang sakit gler la..). Dari pukul 11 p.m – 2.30 a.m cuba gak nak tido, tp x bole sebab saket ni telah menyerang saya dengan ganazzznya. Pastu amek la keputusan untuk amek wudhuk & solat sunat jap. Alhamdulillah ada gak kurang lepas tu. Tapi time tu pon xbole nak tido lagi, sebab rase macam kena cucuk je telinga ni. Lastly, amek la keputusan untuk balek rumah kat Cheras tu.
Sebelum nak balek tu nak la singgah beli gula2 takut2 ngantuk lak masa drive nanti. Tapi, Ya Rabbi punya la ramai manusia kat Seksyen 15 ni tengok bola. Pastu, timbul la pulak persoalan, kenapa time solat fardhu kat Surau/Masjid x ramai macam ni? Jalan2 kat kedai mamak, restoran2 yang pasang channel bola semuanya penuh sampaikan ada yang sanggup duduk kat atas tar jalan dan motor dorang semata2 nak tengok bola!!
Alhamdulillah, dapat la gak beli gula2 kat kedai runcit area2 situ, pastu masa nak keluar dari jalan tu, paham2 la memang susah la sebab orang laen semuanya da tutup jalan tu. Tapi, dengan hati kering saya selamba je lalu kat situ (da xde jalan laen kan..). part yang paling best masa lalu kat situ, saya kena bo0o0o dengan orang2 kat sekeliling tu. Saya pon ape lagi, buat bodo je la (x ade perasaan, ha3).
10 minit pastu, saya da ada kat atas highway, memang bawak slow gler la sebab x bole nak bawak laju2 da sekarang ni, dulu zaman bujang bole la jadi rider (ha3, macam la sekarang ni da kawen). Masa atas highway tu ada la dengar 1 bunyi yang agak kurang menyenangkan (da la bukak tingkap, memang jelas la). Makin lama, makin dekat la pulak bunyi tu, tergerak HATI nak toleh sebelah, tiba2 tengok je kat tepi ada 2 orang mat rempit tengah lumba haram daaa. Aiyak, ingatkan apa la tadi kan?? he3
Macam ni la gaya mat rempit tu masa berlumba. heBat tuuu!!
Nasib baik dia hidup lagi woo, kalu kena langgar dengan lori dengan bas kat depan tu x ke kesian kat mak ayah dia kena buat kenduri. Insaf la cepat2 mat rempit, jangan la sampai bubur da basi baru nak insaf, sebab xde guna da time tu. Alhamdulillah sekali lagi saya selamat sampai di rumah pada jam 4.30 a.m dengan disambut oleh ibu yang tersayang. ~tammat~
Jap2, apa function saya tulis benda ni? Macam xde pengajaran je kan? ada la, sebab tu saya tulis.
1. X kisah la kita ni nak tengok bola ke apa ke, yang penting kita sebagai manusia yang x lari dari tanggungjawab sebagai hamba Allah kena la pandai untuk seimbangkan mana yang patut & perlu.
2. Jangan la jadi mat rempit kerana family kita sentiasa mengharapkan anak2nya berjaya di dalam hidupnya. Semua mak & ayah kita nak anak2 dia jadi insan yang berguna kan? Ingatlah orang yang tersayang, lagi2 orang kat sebelah kita ni ha..
3. Ingatlah Allah sentiasa agar hidup kita ni sentiasa dapat berkat dari-Nya.
4. Ni korang kena dengar betul2 sebab ni pengajaran paling penting sekali:-
“Saya suka memBEBEL” !! he3 ^_^
No comments:
Post a Comment