Thursday, 2 June 2011

Saat IndahKu Bersamamu.... KUIS


Alhamdulillah tanggal tarikh 3 Mei 2011, saya telah tamat pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) setelah bertungkus lumus di dalam menyiapkan tesis (short sem). Alhamdulillah gak sebab result sem akhir saya sedikit sebanyak telah membuatkan saya rasa bersyukur pada-Mu Ya Rabbi. Xde  ungkapkan lain yang dapat diluahkan melainkan rasa Syukur dan Alhamdulillah kerana inilah hasil yang telah diperolehi setelah berusaha selama 3 tahun di sini.
Alhamdulillah juga setelah tamat pengajian di KUIS ini, saya telah mendapat kerja di sebuah syarikat http://www.abadsinergi.com/ di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, Selangor. Alhamdulillah juga kerana saya dicampakkan Allah S.W.T di sini kerana  banyak ilmu baru yang dapat saya pelajari di samping berkongsi ilmu dengan staff2 lain. Insya Allah pada saat ini, saya akan tunggu masanya untuk saya menyarung jubah konvo yang akan saya lalui pada tahun ini.
KUIS bukanlah 1 nama yang asing lagi bagi diriku. Di sini, telah banyak rintangan dan onak duri yang telah saya lalui sepanjang pengajian saya selama 3 tahun. Di sini gaklah tempatnya saya belajar erti kehidupan di mana bukan semua orang dapat merasainya kerana ada orang yang tujuannya datang ke IPT ini hanyalah fokus untuk study je, ada yang datang untuk mencari kenalan baru, dan ada yang bermacam-macam sebab kenapa mereka menyambung pengajian di peringkat IPT ini.
Bagi saya, xde gunanya jika kita ingin belajar je, pastu abes keluar IPT masing2 macam tu je tanpa mengutip sebanyak mungkin permata2 yang ada di sekelilingnya. Memang tujuan utama kita adalah BELAJAR, tetapi harus diingatkan gak kita ni bukannya robot nak belajar 24 jam 7 hari seminggu kan? Kita haruslah pandai untuk membahagikan masa yang kita ada itu untuk benda2 yang boleh mengisi hati kita ini agar hati ini tidak akan memberontak seperti pengisian rohani dan jasmani.
Selain itu gak, ramai yang cakap kalau kita join program ni, join kelab ni, kita punya study akan terabai.. Ahli falsafah mana yang cakap tu? Habaq mai sini!! Semua ni, kita boleh atasi dengan adanya sikap serius kita di dalam menguruskan kehidupan seharian kita. Andai betul cara pengurusan masa kita Insya Allah akan eloklah segala perancangan kita.

Allah S.W.T berfirman :
 Jika kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah ...
Ali Imran : 159

So, xkan la kita nak diam diri je kan? Kita kena la rancang masa depan kita dengan teliti mulai sekarang supaya kita akan nampak segala hala tuju kita semua.
Masa depan kita terletak di atas diri kita sendiri. Jika berjaya kita mencorakkannya, Insya Allah kejayaan milik kita semua.. Amen Ya Rabb ^_^

No comments:

Post a Comment