Hidup x selalunya indah..
Ku sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari..
Selalu la kita dengar ungkapan ni sejak dari zaman kita sekolah sampai la da tua ni (mcm la da tua sgt, he3)..
Manusia.. Manusia.. Manusia.. memang x bole lari dari masalah/dugaan/cabaran. Ianya umpama asam garam dlm kehidupan kita semua. Kalau xde semua ni x best la hidup sebab tiap2 hari akan buat benda yang best je, mcm zombie yg xde perasaan.. he3
Ok , berbalik kepada apa yang saya nak kongsikan kat sini, manusia memang x bole nak lari dari masalah problem ni. Tapi, pernah x kita semua fikir kenapa Allah S.W.T bagi kat kita semua ni? Kadang2 mesti kita fikir kenapa x bagi kat orang lain, kenapa aku? Allah S.W.T da berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 286 :
“Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya… ”
Tapi ramai gak yang akan cakap “ko x kena bole la ckp cmtu..” Ok, cuba kita imbas kembali kenapa semua ni terjadi kat kita. Semua ini terjadi mungkin sebab inilah cara untuk Allah memberikan peringatan kepada kita kerana terlalu leka & alpa mengingatiNya. Mungkin gak ini lah salah satu cara untuk Allah menghapuskan dosa yang ada di dalam diri kita ni. Allah S.W.T sayang kat semua makhluk2Nya sebab tu kita selalu dengar :-
“apabila kita mendekati Allah sejengkal, maka Allah akan mendekati kita sehasta. Apabila kita mendekati Allah sehasta, Allah akan mendekati kita sedepa. Dan apabila kita datang kepada Allah dengan berjalan, maka Allah akan datang kepada kita dengan berlari.”
Subhanallah.. Maha Hebat Allah kan? Lagi2 la bila kita ni diuji. Masa tu, bila kita mengadu kat Allah, terasa Allah terlalu dekat dgn kita kan? Memang dekaaat sangat..
So, kepada mereka2 yang masih lagi ada hayat, masih lagi diberikan nikmat hidup oleh Allah S.W.T, teruskan hidup walau apa pun terjadi.
~Remember that Allah S.W.T is always with us~
We know that you can do it!! chay0o0k..
StRiVe to GeT BaRakaLLah In yoUr Life!! ^_^
No comments:
Post a Comment